Kalau sebut tentang CIS Day 2.0, pasti ramai yang terus terbayang suasana padang yang meriah, sorakan rumah sukan yang penuh semangat, dan pelbagai aktiviti sukaneka yang mencuit hati. Namun, ada satu kelainan yang benar-benar mencuri perhatian warga fakulti iaitu TikTok Challenge yang bertemakan #FunnyFailChallenge# anjuran Unit Korporat & Multimedia PKA bersama Academic Advisory Unit PKA. Berlangsung dari 10 hingga 15 Januari 2026, challenge ini bukan sekadar pertandingan biasa, tetapi menjadi “highlight moment” sepanjang program CIS Day 2.0. Apa yang menjadikannya unik? Sudah tentu kerana ia memfokuskan kepada detik-detik lucu dan ‘fail’ spontan yang berlaku sepanjang sukaneka berlangsung. Daripada peserta yang tergelincir secara “dramatic”, aksi tersilap langkah, hinggalah reaksi spontan yang tidak dijangka semuanya berjaya dirakam dan dijadikan kandungan TikTok yang sangat menghiburkan. Menariknya, TikTok Challenge ini membuka peluang kepada semua warga PKA untuk menyerlah bukan hanya atlet di padang, tetapi juga mereka di belakang tabir. Siapa sangka, individu yang merakam adan mengedit video boleh menjadi “wira senyap” yang menghasilkan content paling mencuit hati. Secara keseluruhannya, TikTok Challenge ini berjaya membawa satu dimensi baru dalam penganjuran CIS Day 2.0. Ia bukan sahaja menambahkan elemen digital dan kreativiti, malah menjadikan program sukaneka lebih dekat dengan minat generasi masa kini.
Bagi menghargai usaha dan kreativiti para peserta, pihak penganjur telah memilih seorang pemenang hadiah utama iaitu Muhamad Zafrul Haziq bin Mohd Othman yang berjaya menampilkan video paling kreatif, menghiburkan dan memberi impak kepada penonton. Selain itu, lima (5) orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar turut menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan idea-idea menarik sepanjang challenge ini. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Ts. Dr. Muhamad Faizal bin Pakir Mohamed Latiff. Turut sama hadir meraikan para pemenang Adalah Ketua Unit Korporat & Multimedia PKA, Puan Nur Shafieza Azizan dan Ketua Academic Advisory Unit PKA, Ir. Ts. Noraziyan binti Abd Aziz.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Nur Shafieza UNSPECIFIED Abd Aziz, Noraziyan UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Cabaran TikTok kreatif, Kreativiti dan inovasi digital, Penglibatan warga fakulti |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150191 |
150191.pdf
