Program Service-Learning Malaysia – University For Society (SULAM) 2025 bagi kod kursus CEM680 Engineer in Society (EIS) telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 17 Januari 2026. Program ini berlangsung dengan jayanya di Masjid Ittifaqiyyah Kuala Mengkuang, Kampung Kuala Mengkuang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Program yang bertemakan ‘UITM Empowered Community For Sustainable Kuala Mengkuang’ telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 85 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang di bawah selian pensyarah SULAM yang terdiri daripada Ir. Zulfairul Zakariah, Dr. Raja Nor Husna Raja Mohd Noor, Pn. Juzailah Nur Yunus, Dr. Intan Shafeenar Ahmad Mohtar, Dr. Siti Hafizan Hassan dan Ir. Ts. Mohd Azrizal Fauzi. Pelaksanaan program ini turut mendapat kerjasama dan penglibatan secara langsung daripada pelbagai agensi serta pihak komuniti setempat, antaranya Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kuala Mengkuang, Kariah Masjid Ittifaqiyyah Kuala Mengkuang, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Mengkuang, dan penduduk setempat, sekali gus menyokong aspirasi kelestarian komuniti melalui pendekatan pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat.
Objektif utama perlaksanaan program SULAM adalah untuk memfokuskan pendekatan Problem Based Learning (PBL) di mana para pelajar berpeluang untuk berkongsi serta membentangkan hasil inovasi yang dibangunkan sepanjang tempoh program. Program ini merangkumi proses pengumpulan data bersifat khusus, sistematik dan berterusan selama 14 minggu, bermula dari 6 Oktober 2025 hingga 16 Januari 2026.
Melalui pelaksanaan PBL SULAM ini, pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan pengalaman dunia sebenar dalam mengenalpasti permasalahan komuniti di Kampung Kuala Mengkuang. Skop pelaksanaan program ini merangkumi empat (4) pengkhususun utama iaitu: (i) Penyelenggaraan alam sekitar dan landskap, (ii) Sistem saliran (sungai, parit) dan pengurusan air hujan, (iii) Jalan raya dan pengangkutan serta (iv) Bangunan dan kemudahan komuniti.
Dalam fasa pengumpulan data, setiap kumpulan pelajar telah mengaplikasikan pelbagai kaedah penyelidikan bagi memastikan data yang diperoleh adalah komprehensif dan relevan. Kaedah penyelidikan yang digunakan meliputi kaedah kuantitatif seperti soal selidik serta kaedah kualitatif termasuk pemerhatian lapangan, temu bual, ulasan literatur dan dokumentasi. Proses pengumpulan data ini melibatkan penyertaan serta kerjasama daripada penduduk setempat Kg. Kuala Mengkuang, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang, selain pihak konsultan dan kontraktor yang berkaitan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Mohd Noor, Raja Nor Husna UNSPECIFIED Zakariah, Zulfairul UNSPECIFIED Yunus, Juzailah Nur UNSPECIFIED Ahmad Mohtar, Intan Shafeenar UNSPECIFIED Hassan, Siti Hafizan UNSPECIFIED Fauzi, Mohd Azrizal UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat (SULAM), Pemerkasaan komuniti lestari, Inovasi Kejuruteraan Awam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150129 |
150129.pdf
