Program Jelajah Kasih 3.0 adalah program khidmat masyarakat siri ke 3 anjuran kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) di bawah Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Pulau Pinang. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 13 Disember 2025 yang lepas di Masjid Jamek Al-Muhtadiin, Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah salah satu usaha kelab mengadakan University Social Responsibility (USR) yang mendapat kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Pulau Pinang. Seramai 22 mahasiswa UiTM iaitu dikalangan ahli PCES terlibat, diketuai oleh Muhammad Najmudin Rahman bin Ridzuan selaku pengarah program.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim dan asnaf kariah Bukit Indera Muda dengan mengadakan aktiviti bersama selain memberi sumbangan bantuan keperluan barangan asas dapur dan juga persekolahan. Program ini mendapat bimbingan tiga penasihat kelab iaitu Ir. Ts. Fairus Azwan bin Azizan, Ts. Zanariah binti Abd Rahman, dan Encik Mohd Khairul Azhar bin Ismail. Pengisian program ini bermula jam 9 pagi merangkumi aktiviti berkumpulan bersama anak-anak yatim dan asnaf seperti sesi mewarna, membuat origami, belajar tulisan jawi dan juga kuiz.
Majlis penutupan telah disempurnakan sekitar jam 1 petang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muhtadiin, Bukit Indera Muda dan juga rakan kolaborasi program selaku penyumbang iaitu daripada syarikat Airun Rahman Engineering Sdn Bhd dan juga Ary Gemilang Enterprise. Melalui inisiatif ini, kita telah memberi sumbangan kepada 30 anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan. Pelaksanaan program ini bukan sahaja berjaya menyemai nilai murni dan semangat kemasyarakatan dalam diri pelajar, malah menjadi platform buat mereka menyumbang bakti, prihatin dan penyayang kepada golongan yang memerlukan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Fairus Azwan UNSPECIFIED Abd Rahman, Zanariah UNSPECIFIED Ismail, Mohd Khairul Azhar UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Khidmat masyarakat, Tanggungjawab sosial universiti (USR), Kebajikan anak yatim dan golongan asnaf |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150098 |
150098.pdf
