Seramai 80 orang pelajar Diploma dan Ijazah Kejuruteraan telah menyertai Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (SICW) yang dianjurkan bagi memberi pendedahan awal mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan pada 17 – 18 Mei 2025. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan asas keselamatan sebelum mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti berkaitan industri pembinaan.
Kursus ini dikendalikan oleh Burhanuddin bin Bahrum, pengajar SICW daripada Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, yang merupakan pusat latihan diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Latihan ini merupakan antara syarat penting bagi individu yang ingin memasuki tapak pembinaan serta sebagai persediaan untuk memohon Kad Personel Binaan CIDB (Green Card).
Sepanjang kursus berlangsung, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aspek keselamatan di tapak binaan seperti pengenalpastian bahaya, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), prosedur kerja selamat serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan di tapak pembinaan. Penceramah turut berkongsi pengalaman sebenar serta situasi yang sering berlaku di lapangan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pematuhan kepada peraturan keselamatan. Program ini turut diselia oleh pensyarah iaitu Mohd Khairul Azhar bin Ismail, Ir. Syahirah binti Mansor dan Siti Rahimah binti Rosseli. Memandangkan jumlah penyertaan yang ramai, kursus ini telah dijalankan selama dua hari dengan pembahagian pelajar kepada dua kumpulan bagi memastikan sesi latihan berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi pendedahan penting kepada pelajar mengenai kepentingan budaya keselamatan dalam industri pembinaan serta meningkatkan kesediaan mereka untuk berhadapan dengan persekitaran kerja sebenar di tapak binaan.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Khairul Azhar UNSPECIFIED Mansor, Syahirah UNSPECIFIED Rosseli, Siti Rahimah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin FKA |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Kursus induksi keselamatan dan kesihatan pekerja (SICW), Keselamatan tapak pembinaan, Kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/150078 |
150078.pdf
