AI Friendship Syndrome: risiko kebergantungan emosi dan masa depan hubungan manusia

Masdin, Mahirah and Madlan @ Endalan, Lailawati (2026) AI Friendship Syndrome: risiko kebergantungan emosi dan masa depan hubungan manusia. i-LEdHS 2026 Conference Proceedings, 1 (1): 26. pp. 248-262. ISSN 978-629-93193-0-6
Abstract

Fenomena AI Friendship Syndrome merujuk kepada pembentukan ikatan emosi mendalam antara individu dan entiti maya seperti AI companions, yang semakin ketara dalam era digital. Kajian ini dijalankan secara penerokaan literatur bagi memahami dimensi fenomena ini dan implikasinya terhadap hubungan manusia. Tiga objektif utama ditetapkan: (i) meneroka konsep AI Friendship Syndrome; (ii) meneroka bagaimana faktor psikologi dan sosial mendorong individu membentuk kebergantungan emosi dengan AI companions; dan (iii) menganalisis implikasi psikososial yang timbul terhadap norma sosial dan budaya akibat fenomena ini. Kajian mendapati bahawa kebergantungan emosi terhadap AI companions bukan sahaja mencipta ilusi keintiman digital, tetapi juga berpotensi mengurangkan empati, menjejaskan kemahiran sosial, dan mencabar norma kekeluargaan. Penemuan ini memberi implikasi penting terhadap dasar kesihatan mental dan perancangan sosial, khususnya dalam menangani cabaran teknologi yang mengubah cara manusia membina hubungan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 150068.pdf]
Text
150068.pdf
Download (694kB)
Indexing & Metrics