Kemerosotan biodiversiti yang berpunca daripada perubahan iklim, degradasi tanah serta intensifikasi pertanian konvensional kini mengancam keselamatan makanan global dan kelestarian ekosistem. Artikel ini membincangkan pendekatan bersepadu yang menggabungkan Drone Technology, Data Technology dan Digital Transformation (DT3) bersama aplikasi mikrobiologi alam sekitar dalam menyokong pembangunan pertanian lestari. Pemanfaatan platform pertanian digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pemerhatian menggunakan kaedah geospatial membolehkan pengurusan ladang secara tepat dan berasaskan data. Tambahan pula, penggunaan probiotik fungi yang bermanfaat, BioLegion berupaya memulihkan biodiversiti mikroorganisma tanah, meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien serta menyumbang kepada mitigasi perubahan iklim. Secara keseluruhan, integrasi ini mempunyai potensi besar dalam membina sistem pertanian yang berdaya tahan demi kesejahteraan generasi akan datang.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Gunasekaran, Darvien UNSPECIFIED Yusof, Aqilah UNSPECIFIED |
| Subjects: | Q Science > QH Natural history - Biology S Agriculture > S Agriculture (General) > Agriculture and the environment |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | NeXT: Network of Excellence, Knowledge and Transformation Vol. 2 |
| ISSN: | 3093-6543 |
| Keywords: | Pertanian lestari, transformasi digital (DT3), biodiversiti tanah, mikrobiologi alam sekitar |
| Date: | October 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149963 |
149963.pdf
