Program CSR ABSTRAK bersama Kolej Vokasional Juasseh: Pertukaran Ilmu Budaya merupakan inisiatif khidmat masyarakat berasaskan pemindahan ilmu dua hala dalam bidang seni warisan hasil kolaborasi strategik antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Kolej Vokasional Juasseh, dan pihak industri (Jalen Sdn. Bhd.). Berlangsung pada 28 hingga 30 November 2025 dengan melibatkan 27 orang pelajar serta bimbingan pensyarah dan mahasiswa Kelab ABSTRAK, program ini bertujuan mengatasi isu kurangnya pendedahan generasi muda terhadap seni tradisional melalui latihan berfasa selama tiga minggu. Dalam pertukaran kepakaran ini, warga UiTM melatih kemahiran tarian randai, tarian terinai, dan lakonan teater, manakala pelajar Kolej Vokasional Juasseh berkongsi kemahiran permainan muzik tradisional Cak Lempong yang kemudiannya dizahirkan menerusi persembahan praktikal pada majlis penutup di hadapan komuniti dan wakil industri.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abidin, Dzeelfa UNSPECIFIED Bazlan, Anis Shahira UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture > Popular culture H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community centers. Social centers |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | NeXT: Network of Excellence, Knowledge and Transformation Vol. 2 |
| ISSN: | 3093-6543 |
| Keywords: | Pemindahan ilmu, seni budaya tradisional, khidmat masyarakat (CSR), kolaborasi strategik |
| Date: | October 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149962 |
149962.pdf
