Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat dan khidmat masyarakat bertajuk "#PKKWeCare: Tautan Kasih, Sentuhan Ilmu" yang dianjurkan oleh Chemical Engineering Student Society (ChESS) dengan kerjasama Unit Jaringan Industri dan Komuniti, Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang (UiTMCJKPG). Program ini telah berlangsung pada 5 Julai 2025 di Pertumbuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Nur Solihin, Ulu Tiram, Johor, dengan penglibatan 10 orang mahasiswa ChESS serta beberapa orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia sebagai sukarelawan. Melalui penyerahan barangan keperluan dan pelbagai aktiviti interaktif seperti Musical Ball, Colour the Flowers, Volcano, dan Math Genius yang menyasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 18 tahun, inisiatif ini berjaya merangsang kreativiti, pemikiran logik, serta semangat kerja berpasukan. Penganjuran program ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan sosial warga universiti terhadap kebajikan masyarakat tempatan, malah mendokong aspirasi Malaysia Madani serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4: Quality Education dan SDG 10: Reduced Inequalities).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hanib, Nurul Hazwani hazwanihanib@uitm.edu.my Hambali, Norhafini norhafini@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief > Special classes > Children L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 679-680 |
| Keywords: | Khidmat masyarakat, ChESS, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Johor, Rumah anak yatim, SDG 4 |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149784 |
149784.pdf
