Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program kelestarian alam sekitar "Be Green Outreach Program Fasa 2" yang berlangsung pada 18 Jun 2025 di SMK Tun Fatimah Hashim (TUFAH). Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh 6 orang pensyarah dan 101 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia di bawah kursus Engineering Project Management, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat Pendidikan Pasir Gudang, serta pihak pentadbiran sekolah yang melibatkan penyertaan 128 guru dan staf serta 900 pelajar sekolah. Berteraskan pematuhan nilai murni pemeliharaan alam sekitar, program Fasa 2 ini memfokuskan kepada pendidikan pengurusan sisa plastik menerusi pelbagai aktiviti berasaskan STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts, and Mathematics). Melalui pengisian interaktif ini, para pelajar didedahkan dengan pengenalan jenis-jenis plastik yang boleh dikitar semula, potensi penjanaan kewangan daripada sisa, serta amalan penjimatan dan penggunaan bahan pembungkusan efisien bagi mengurangkan kebergantungan terhadap plastik secara berkesan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Aziz, Noorhaliza noorh823@uitm.edu.my Abdol Jani, Wan Nur Fazlina wanfazlina@uitm.edu.my Hanib, Nurul Hazwani hazwanihanib@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental education. Study and teaching. Research Q Science > Q Science (General) > Study and teaching T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Municipal refuse. Solid wastes |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 677-678 |
| Keywords: | Pengurusan sisa plastik, Kitar semula, STEAM, Kesedaran alam sekitar, Be Green Outreach Program, SMK Tun Fatimah Hashim, Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Johor |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149781 |
149781.pdf
