Artikel ini mendokumentasikan pelaksanaan program jangkauan komuniti "Be Green Outreach Program Fasa 1" yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama Petronas Chemical Group, Kumpulan SULAM UiTM, dan UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung pada 26 November 2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, dengan fokus utama kepada pendidikan pengurusan sisa pepejal dan pemprosesan sisa plastik. Bertunjangkan kefahaman amanah peranan manusia sebagai khalifah pemelihara alam serta kesedaran terhadap ancaman pencemaran alam sekitar yang semakin kritikal, program ini berfungsi sebagai platform pemindahan ilmu dan perkhidmatan komuniti yang berkesan bagi memupuk kebertanggungjawaban kelestarian persekitaran dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Aziz, Noorhaliza noorh823@uitm.edu.my Mohammad, SIti Hajar Anaziah sitihajar294@uitm.edu.my Ismail, Siti Mazlifah sitimazlifah@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental education. Study and teaching. Research L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Municipal refuse. Solid wastes |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 675-676 |
| Keywords: | Alam sekitar, Pengurusan sisa pepejal, Sisa plastik, Pendidikan alam sekitar, SULAM, UiTM Johor, Petronas Chemical Group |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149776 |
149776.pdf
