Goodbye lemak trans, hello fit body!

Nordin, Siti Aminah and Ismail, Herda Balqis and Mohd Yusoff, Zakiah (2025) Goodbye lemak trans, hello fit body! e-DINAMIK. pp. 664-665. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini membincangkan kesan pengambilan lemak trans terhadap gangguan metabolisme dan pematuhan pengurusan berat badan yang berkesan. Penulisan ini menjelaskan bahawa jenis makanan yang diambill adalah lebih kritikal berbanding sekadar pengiraan kalori semata-mata, di mana lemak trans—yang banyak terdapat dalam makanan bergoreng berulang kali, marjerin, makanan segera, serta biskut dan kek—merupakan punca utama kepada pelbagai masalah metabolik. Analisis mendapati bahawa lemak trans merosakkan sensitiviti insulin, meningkatkan pengumpulan lemak viseral yang berbahaya di sekitar organ dalaman, serta mengganggu keseimbangan kolesterol dengan menaikkan tahap LDL dan menurunkan HDL. Kesannya, keadaan ini bukan sahaja menyukarkan proses pembakaran lemak dan menurunkan berat badan, malah meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, obesiti, penyakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149753.pdf]
Text
149753.pdf
Download (642kB)
Indexing & Metrics