Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep taʿāwun dan perannya dalam memberdayakan komuniti terpinggir yang menghadapi pelbagai dimensi kemiskinan di perkampungan pelupusan sampah, Sandakan, Sabah. Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes digunakan, melibatkan kutipan data melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian lapangan, dan analisis dokumen. Data yang diperoleh kemudian dianalisis secara tematik. Hasil kajian dijangka akan memberikan cadangan produk pemberdayaan strategik komuniti terpinggir berasaskan prinsip taʿāwun. Sumbangan kajian bukan sekadar memperkayakan literatur akademik berkaitan nilai-nilai Islam dalam konteks pemberdayaan sosial, malah boleh diguna pakai dalam menggubal dasar sosial serta merangka pembangunan komuniti yang lebih praktikal dan inklusif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 1 dan 10, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan akibat ketidakseimbangan sosial.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Tandra, Mohamed Rahmat UNSPECIFIED Sintang, Suraya UNSPECIFIED Mohd Kahalli @ Sami, Mohd Nazmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | e-ISSN: 0128-0902 |
| Volume: | 12 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 34-48 |
| Keywords: | Komuniti terpinggir, Nilai Islam, Pemberdayaan komuniti, Perkampungan pelupusan sampah, Sandakan Sabah, Taʿāwun |
| Date: | 1 October 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149457 |
149457.pdf
