Cabaran kompetensi ahli jawatankuasa fatwa dalam pelaksanaan ijtihad kontemporari: kajian di Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Abas, Mohd Khir Johari and Abdul Manaf, Muhammad Firdaus and Mat Salleh, Mohd Kamel (2026) Cabaran kompetensi ahli jawatankuasa fatwa dalam pelaksanaan ijtihad kontemporari: kajian di Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 12 (2): 3. pp. 19-33. ISSN e-ISSN: 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v12i2.3
Abstract

Kajian ini menganalisis cabaran kompetensi Ahli Jawatankuasa Fatwa (AJKF) dalam pelaksanaan ijtihad kontemporari melalui kajian kes di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan (JMKNNS). Walaupun ijtihad kontemporari sering dikemukakan sebagai keperluan dalam literatur fatwa, perbincangan sedia ada masih terbatas dalam menghuraikan ijtihad sebagai proses institusi yang mempunyai piawaian kompetensi, protokol kerja, dan mekanisme kawalan kualiti yang jelas, sekali gus mengekalkan jurang antara kerangka teori dan realiti operasi institusi, khususnya ketika berdepan isu teknikal serta ledakan maklumat digital. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dengan lima orang AJKF dan analisis dokumen rasmi, diikuti analisis tematik serta pengukuhan kualiti dapatan melalui triangulasi, semakan peserta dan jejak audit. Dapatan kajian memperlihatkan tiga tema utama cabaran kompetensi AJKF dalam pelaksanaan ijtihad kontemporari di JMKNNS, iaitu (i) literasi teknologi moden, (ii) integriti data digital, dan (iii) kekangan metodologi tradisional dalam kompleksiti kontemporari. Analisis menunjukkan ketiga-tiga tema ini saling memacu; jurang literasi teknologi mendorong penggunaan sumber digital secara tidak seragam; keraguan terhadap integriti data digital mengekalkan keperluan verifikasi manual tanpa protokol piawai; manakala kekangan metodologi tradisional menjadi lebih ketara apabila input kepakaran luar diperlukan tetapi tidak distrukturkan dari segi penilaian, integrasi dan dokumentasi hujah. Berdasarkan sintesis dapatan, kajian ini mengemukakan Model Proses Ijtihad Berinstitusi (MPIB) sebagai sumbangan utama yang menstrukturkan ijtihad sebagai sistem institusi melalui kerangka kompetensi pelaksana, panduan kawalan operasional (dawabit), protokol verifikasi sumber digital, standard integrasi input pakar, serta keperluan dokumentasi bagi menjadikan proses pemfatwaan lebih konsisten dan boleh dinilai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149456.pdf]
Text
149456.pdf
Download (332kB)
Indexing & Metrics