Neutral-ground: Voltan yang sering dilupakan

Mahadan, Mohd Ezwan and Mustapa, Rijalul Fahmi and Hairuddin, Muhammad Asraf (2025) Neutral-ground: Voltan yang sering dilupakan. e-DINAMIK. pp. 662-663. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini membincangkan isu voltan neutral-ground berlebihan serta kesannya terhadap kerosakan peralatan elektronik sensitif dan kelangsungan operasi sistem elektrik. Kajian kes ini dijalankan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Kampus Pasir Gudang susulan kerosakan berulang pada peralatan komputer dan televisyen tanpa punca yang jelas. Bagi mengumpul bukti saintifik, pemantauan kualiti kuasa elektrik secara berterusan telah dilaksanakan menggunakan data logger Fluke 1750 di sekitar bangunan. Dapatan rekod mengesahkan wujudnya peningkatan voltan neutral-ground yang melebihi had piawaian piawai secara tidak konsisten (intermittent) dan berbentuk lonjakan (spike). Sifat gangguan yang tidak tetap ini menyukarkan jurutera untuk mengenal pasti punca sebenar kenaikan voltan secara langsung, sekali gus mengesahkan kepentingan kesedaran dan pemantauan kualiti kuasa di bangunan komersial serta institusi pendidikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149404.pdf]
Text
149404.pdf
Download (639kB)
Indexing & Metrics