Artikel ini membincangkan peranan amalan husnuzhon (bersangka baik) sebagai elemen penting dalam memelihara dan mengukuhkan jalinan ukhwah sesama manusia menurut perspektif Islam. Berpandukan hadis Riwayat Al-Bukhari, penulisan ini meneliti cabaran manusia dalam menjaga hati dan tutur kata daripada sifat buruk sangka, prasangka, dengki, dan fitnah yang boleh merosakkan persaudaraan. Memandangkan pengetahuan dan penglihatan manusia bersifat terbatas, Islam meletakkan panduan berasaskan pandangan positif terhadap setiap kejadian serta meyakini hikmah Allah SWT yang Maha Mengetahui. Amalan bersangka baik ini bukan sahaja memberikan ketenangan jiwa dan mengelakkan dosa memfitnah, malah menjadi kunci keharmonian hubungan kemasyarakatan serta pembentukan sahsiah diri yang tenang dan sejahtera.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Wahid, Siti Sufiah sufiah6040@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | p. 659 |
| Keywords: | Husnuzhon, Bersangka baik, Ukhwah, Akhlak Islam, Hubungan kemasyarakatan, Hadis Al-Bukhari |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149399 |
149399.pdf
