Lawatan pelajar ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan ke stesen janakuasa Southern Power Generation Sultan Ibrahim Pasir Gudang

Mustapa, Rijalul Fahmi and Mohd Nordin, Atiqah Hamizah and Mahadan, Mohd Ezwan (2025) Lawatan pelajar ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan ke stesen janakuasa Southern Power Generation Sultan Ibrahim Pasir Gudang. e-DINAMIK. pp. 656-657. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran lawatan akademik ke Stesen Janakuasa Southern Power Generation Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, Johor yang telah dijalankan pada 3 Januari 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lawatan ini dianggotai oleh 25 orang pelajar kumpulan J4CEEE2703B dan J4CEEE2703A yang mengambil subjek Electrical Power Engineering (ETP543) daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pendigitalan dan Automasi), bersama 5 orang pensyarah pengiring yang diketuai oleh Dr. Rijalul Fahmi Mustapa dan Dr. Atiqah Hamizah Mohd Nordin. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai peranan teknologi kejuruteraan, pendigitalan, dan automasi dalam pengurusan industri janakuasa elektrik, khususnya aplikasi sistem digital bagi mengawal kelajuan mesin segerak (synchronous machine), menukar kadar voltan pengubah (transformer), serta mengendalikan sistem amaran (alarm). Selain itu, pelajar dapat memahami mekanisme penyaluran voltan dari stesen janakuasa ke grid nasional sehingga sampai kepada pengguna di Malaysia secara selamat dan berkesan. Secara keseluruhannya, lawatan sambil belajar ini berjaya menghubungkan teori akademik dengan praktikal industri serta memperkukuh pemahaman pelajar terhadap kepentingan kursus yang diikuti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149393.pdf]
Text
149393.pdf
Download (664kB)
Indexing & Metrics