Artikel ini mendokumentasikan penganjuran Majlis Pra-Graduan Fakulti Kejuruteraan Elektrik 2025 yang dianjurkan oleh Kelab Electrical Student Technology Club (ESTECH), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada 17 Januari 2025 bertempat di Kotak Glass House, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor. Majlis bertemakan "Suits and Dress" ini menghimpunkan seramai 141 orang pelajar semester akhir Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan pensyarah, dengan pengurusan serta pelaksanaan dipacu oleh 31 ahli jawatankuasa ESTECH. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menghargai pencapaian pelajar yang bakal menamatkan pengajian serta mengukuhkan jalinan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan pensyarah dalam suasana penuh mesra dan penghargaan. Pengisian majlis merangkumi ucapan perasmian oleh Ketua Pusat PKE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zhafran, tayangan montaj, persembahan pelajar dan pensyarah, penyampaian Anugerah Best Student, Anugerah Best Outfit, serta acara cabutan bertuah. Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform pemangkin motivasi kecemerlangan pelajar dan membuktikan komitmen tinggi serta keupayaan jawatankuasa ESTECH dalam menguruskan program berimpak tinggi di peringkat fakulti.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Sin, Nor Diyana diyana0366@uitm.edu.my Hasan, Khairul Kamarudin khairul@uitm.edu.my Omar Bashir, Nuralyana UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > Student activities T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | p. 655 |
| Keywords: | Majlis pra-graduan, Electrical Student Technology Club, ESTECH, UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, Kejuruteraan elektrik |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149381 |
149381.pdf
