Electrosteps: Ke puncak bersama

Md Sin, Nor Diyana and Hasan, Khairul Kamarudin and Muzam Shah, Muhammad Khalil (2025) Electrosteps: Ke puncak bersama. e-DINAMIK. p. 654. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran program mendaki bukit "ElectroSteps: Ke Puncak Bersama" yang dianjurkan oleh Kelab Electrical Student Technology Club (ESTECH), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada 24 Mei 2025 di Bukit Belungkor Kechil, Pengerang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 31 ahli kelab bersama lima orang pensyarah pengiring. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan ukhuwah sesama ahli, mengasah semangat kerjasama, memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah, serta membentuk sifat kepimpinan, keberanian, dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar. Berasaskan pelaksanaan yang teratur bermula daripada taklimat keselamatan hingga aktiviti pendakian, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan silaturahim, memupuk integriti, serta meningkatkan komitmen ahli kelab untuk terus aktif menjayakan program pada masa hadapan

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149380.pdf]
Text
149380.pdf
Download (545kB)
Indexing & Metrics