Electrofam: Connect & celebrate day

Md Sin, Nor Diyana and Hasan, Khairul Kamarudin and Abd Halim, Nur Aina Batrisyia (2025) Electrofam: Connect & celebrate day. e-DINAMIK. p. 653. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan penganjuran program "ElectroFam: Connect & Celebrate Day" yang dianjurkan oleh Kelab Electrical Student Technology Club (ESTECH), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada 21 Jun 2025. Program ini menghimpunkan lebih 60 orang pelajar dan 10 orang pensyarah daripada Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Elektronik, dan BTECH bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk pengalaman berpasukan dalam suasana yang santai. Menerusi pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti bola baling dan bola tampar, program ini menguji kekuatan fizikal serta semangat kerjasama peserta. Kelancaran program ini didukung oleh pengurusan organisasi yang sistematik menerusi penggunaan media sosial (Instagram, WhatsApp, TikTok) untuk hebahan, Google Form bagi pendaftaran peserta, dan penyeliaan rapi oleh jawatankuasa pelaksanaan. Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamatnya dalam mengukuhkan jalinan antara pelajar dan pensyarah di samping melahirkan mahasiswa yang produktif, berdaya saing, serta berkeupayaan bekerjasama dalam pasukan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149379.pdf]
Text
149379.pdf
Download (576kB)
Indexing & Metrics