Penilaian akhir subjek tipografi semester 02 (Mac - Ogos 2023)

Mohd Khalis, Faryna (2023) Penilaian akhir subjek tipografi semester 02 (Mac - Ogos 2023). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Tipografi merupakan salah satu subjek bagi kursus Seni Reka Grafik & Media Digital. Pelajar-pelajar akan diajar tentang sejarah tipografi, anatomi, jenis atau klasifikasi dan bagaimana penggunaan yang bersesuaian di dalam rekaan poster, majalah, website, dan pelbagai platform/medium. Bagi projek akhir subjek tipografi ini, pelajar dikehendaki untuk mereka bentuk set tipografi (Upper Case dan Lower Case) secara berkumpulan, berdasarkan pemilihan tema seperti flora, fauna, karakter kartun dan lain-lain lagi mengikut kreativiti masing-masing. Olahan idea perlu dilakar dan dibincangkan bersama pensyarah agar penghasilan menepati anatomi tipografi yang betul. Berdasarkan set tipografi yang telah direka itu, pelajar perlu memilih satu huruf sahaja untuk dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) bersaiz A3 atau A2. Hasil daripada susunan ke semua rekaan tipografi 3D itu akan membentuk perkataan seperti Graphic Design UiTM. Sebanyak 53 huruf 3D telah dihasilkan daripada 3 kumpulan pelajar yang dipimpin oleh Dr. Faryna Mohd Khalis dan Encik Syazrul Hafizi Husin. Turut sama menghadiri penilaian subjek tipografi adalah Puan Atikah Adnan yang juga bertindak sebagai penilai pada hari pembentangan akhir pelajar yang berlangsung pada 31 Julai 2023 di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Merbok Kedah. 3 orang pelajar terbaik daripada setiap kelas telah diberi hadiah iaitu Mohamad Akmal dari kumpulan KCAAD1112A, Nur Liyana dari kumpulan KCAAD1112B dan Aziza dari kumpulan KCAAD1112C. Diharap agar pelajar akan lebih bersemangat untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik bagi semester-semester yang akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149323.pdf]
Text
149323.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics