Bermula daripada usaha menangani cabaran keselamatan dalam pengurusan sisa spesimen di makmal, SpeciFill kini menjadi contoh inovasi berimpak yang diketengahkan menerusi Podcast Exellens, terbitan Institut Kualiti dan Pengurusan Akademik (InQKA). Buat julung kalinya, Podcast Exellens menampilkan Kumpulan Luminous, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) bagi berkongsi perjalanan inovasi serta pengalaman mereka sehingga dinobatkan sebagai Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM 2025. Sesi selama satu jam yang disiarkan menerusi saluran YouTube InQKA itu meraih 549 tontonan dan dikendalikan oleh Ts. Siti Fatahiyah Mahamood, Ketua Kecemerlangan Operasi dan Inovasi, InQKA selaku moderator, bersama Dr. Mardiana Abdul Aziz, Penasihat Strategik Kumpulan Luminous, dan Sari Aspara Bakri, Ketua Projek SpeciFill, sebagai panel jemputan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Journal or Publication Title: | KUALITI |
| ISSN: | 2976-2596 |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | InQKA, KUALITI, UiTM Shah Alam |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149210 |
149210.pdf
