Pada 28 April 2026, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Taklimat Persediaan Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi Pelaksanaan Audit Integrated Quality Management System (iQMS) Kitaran 8 Tahun 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Razulaimi Razali, Ketua Pengurusan Kualiti InQKA, dan melibatkan penyertaan 20 Pusat Tanggungjawab (PTj) UiTM. Taklimat ini merupakan inisiatif strategik InQKA untuk memperkukuh kesiapsiagaan PTj dalam menghadapi pelaksanaan Audit iQMS Kitaran 8 pada tahun 2026. Sesi ini memberi penekanan kepada keperluan persediaan sebelum, semasa, dan selepas audit, termasuk aspek dokumentasi, penyediaan bukti, pengurusan rekod, serta penyelarasan tanggungjawab di peringkat PTj. Selain menyampaikan maklumat berkaitan keperluan audit, taklimat ini turut menjadi platform yang berkesan untuk menyeragamkan kefahaman Ketua Unit Kualiti, Ketua Unit Kualiti dan Akreditasi, serta wakil PTj. Keseragaman ini amat penting bagi memastikan persediaan audit dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan selaras dengan skop serta keperluan yang ditetapkan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Journal or Publication Title: | KUALITI |
| ISSN: | 2976-2596 |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | InQKA, KUALITI, UiTM Shah Alam |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149130 |
149130.pdf
