Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memantapkan budaya kualiti dalam kalangan warga Universiti Teknologi MARA (UITM), Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Taklimat Pelaksanaan Kecemerlangan Operasi (ОЕ) 2026 pada 12 Februari 2026 (Khamis), yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 150 peserta yang mewakili pelbagai peringkat dan bahagian di seluruh universiti. Taklimat ini dianjurkan sebagai wahana perkongsian ilmu dan panduan berkaitan pelaksanaan serta pelaporan penulisan Kecemerlangan Operasi bagi tahun 2026, sekali gus mencerminkan komitmen InQKA dalam menyelaraskan kefahaman kolektif warga universiti terhadap agenda kecemerlangan operasi yang digariskan pada peringkat institusi. Inisiatif sedemikian dilihat penting bagi memastikan keseragaman pendekatan dan interpretasi dalam pelaksanaan OE di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Journal or Publication Title: | KUALITI |
| ISSN: | 2976-2596 |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Keywords: | InQKA, KUALITI, UiTM Shah Alam |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149080 |
149080.pdf
