Isu pengemisan dalam kalangan kanak-kanak gelandangan merupakan fenomena sosial yang kompleks dan semakin ketara di kawasan bandar Malaysia. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pengemisan bukan sahaja mencerminkan kemiskinan struktur, malah menunjukkan kelemahan sistem perlindungan sosial dalam menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak. Kertas konsep ini bertujuan menganalisis isu pengemisan kanakkanak gelandangan berdasarkan pendekatan berasaskan hak kanak-kanak serta meneliti peranan kerja sosial dalam menangani permasalahan ini secara holistik. Perbincangan dijalankan melalui analisis konseptual berasaskan sorotan literatur, dasar sosial, dan kerangka teori kerja sosial, khususnya Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dan Teori Ekologi Bronfenbrenner. Analisis menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam pengemisan sering dinafikan hak asas seperti perlindungan, pendidikan dan keselamatan, manakala pendekatan penguatkuasaan semata-mata didapati kurang berkesan dalam menangani akar umbi permasalahan. Sehubungan itu, kertas ini menegaskan keperluan peranan kerja sosial yang lebih proaktif melalui intervensi bersepadu merangkumi tahap mikro, mezzo, dan makro, termasuk advokasi dasar, pemerkasaan keluarga, dan kolaborasi rentas agensi. Kertas konsep ini diharapkan dapat menyumbang kepada perbincangan akademik dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial, serta menjadi panduan konseptual kepada pengamal dan pembuat dasar dalam melindungi hak kanak-kanak gelandangan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Yusop, Muhammad Shukur shukur@kptm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Parents. Parenthood. Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief > Special classes > Children |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
| Journal or Publication Title: | i-LEdHS 2026 Conference Proceedings |
| ISSN: | 978-629-93193-0-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 69-73 |
| Keywords: | Child beggars, Children's rights, Social work with children |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/149076 |
149076.pdf
