Jaket keselamatan pelbagai fungsi: Rescue Team Jacket

Marni, Noranisah and Baharum, Khairudin (2026) Jaket keselamatan pelbagai fungsi: Rescue Team Jacket. i-LEdHS 2026 Conference Proceedings, 1 (1): 7. pp. 62-68. ISSN 978-629-93193-0-6
Abstract

Peningkatan kejadian bencana alam khususnya banjir akibat perubahan cuaca yang tidak menentu di Malaysia telah meningkatkan keperluan terhadap tahap kesiapsiagaan pasukan penyelamat. Walau bagaimanapun, pakaian keselamatan sedia ada masih mempunyai kekangan dari segi fleksibiliti, integrasi fungsi dan keberkesanan dalam menyokong operasi kecemasan yang kompleks. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan operasi pasukan penyelamat, mereka bentuk serta membangunkan prototaip jaket keselamatan pelbagai fungsi, dan menilai keberkesanannya terhadap keselamatan dan kecekapan operasi. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (R&D) yang melibatkan kajian literatur, temu bual serta soal selidik terhadap 20 orang responden daripada pelbagai agensi penyelamat. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui perisian SPSS versi 26. Dapatan menunjukkan tahap keperluan yang tinggi terhadap pakaian pelbagai fungsi (min = 4.60), dengan ciri pelampung boleh laras (min = 4.70) dan jalur reflektif (min = 4.65) mencatat skor tertinggi. Selain itu, keberkesanan jaket dalam meningkatkan keselamatan operasi turut menunjukkan nilai min yang tinggi (min = 4.60). Kajian ini menyumbang kepada pembangunan inovasi pakaian keselamatan melalui pendekatan reka bentuk modular bersepadu yang menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu sistem pakaian. Inovasi ini berpotensi meningkatkan keselamatan, mobiliti dan kecekapan operasi penyelamatan serta menyokong pembangunan PPE generasi baharu dalam konteks pengurusan bencana.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 149075.pdf]
Text
149075.pdf
Download (660kB)
Indexing & Metrics