Program Jalinan Ilmu: inspirasi UiTMCT bersama SMK (A) Nurul Ittifaq

Amran, Ayuzawahie (2026) Program Jalinan Ilmu: inspirasi UiTMCT bersama SMK (A) Nurul Ittifaq. Bulletin. Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu.
Abstract

DUNGUN, 13 September – Program Jalinan Ilmu, Inspirasi UiTMCT bersama SMK (A) Nurul Ittifaq telah berlangsung pada 13 September 2026 bertempat di Surau Asrama SMK (A) Nurul Ittifaq, dengan penglibatan seramai 146 orang pelajar. Program yang berlangsung dari pukul 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini merupakan inisiatif UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) dalam memperluas jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan setempat melalui perkongsian ilmu dan pengalaman. Program ini menampilkan dua orang penceramah, iaitu Nur Dalila Adenan, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTMCT dan Wan Nur Syazwina Wan Haswani, Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT), Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTMCT.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148946.pdf]
Text
148946.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics