Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu

Amran, Ayuzawahie (2026) Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu. Bulletin. Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu.
Abstract

DUNGUN, 13 Julai – Seramai 15 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kolej Vokasional Kemaman telah menyertai Bengkel Pengurusan PSS yang berlangsung di Perpustakaan Pendeta pada 13 Julai 2026. Bengkel intensif selama tiga jam ini telah dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman dari Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu yang terdiri daripada Cik Asmahani Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan M), Encik Nik Ahmad Kamal Nik Wadi (Pembantu Pustakawan Kanan), dan Encik Ahmad Fathi Azhari Mohd Azmi (Pembantu Pustakawan). Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasakan kecekapan para pengawas menerusi pendedahan teknik pengurusan PSS abad ke-21 secara lebih sistematik dan efisien.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148924.pdf]
Text
148924.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics