Pembangunan model kriteria kafā’ah menurut ‘uruf masyarakat Malaysia

Hadigunawan, Nurhanisah (2026) Pembangunan model kriteria kafā’ah menurut ‘uruf masyarakat Malaysia. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Peningkatan kes perceraian dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang berpunca daripada faktor ketiadaan persefahaman sering dikaitkan dengan pengabaian konsep kafā’ah dalam pemilihan pasangan hidup. Kafā’ah merupakan prinsip yang dianjurkan Islam dalam membina keserasian antara pasangan. Namun penentuan kriteria kafā’ah oleh fuqaha adalah bersifat ijtihadi dan boleh berubah mengikut perkembangan masa serta konteks budaya masyarakat. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum wujud satu model kriteria kafā’ah yang komprehensif dan berasaskan ‘uruf masyarakat Malaysia yang boleh dijadikan panduan praktikal dalam institusi perkahwinan Islam. Ketiadaan model ini turut memberi implikasi kepada bidang kehakiman syariah apabila hakim tidak mempunyai garis panduan yang khusus dan seragam dalam menilai kes-kes berkaitan wali enggan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Model Kriteria Kafā’ah yang berasaskan ‘uruf masyarakat Malaysia dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Kajian ini melibatkan tiga fasa utama. Fasa pertama adalah analisis keperluan melalui temu bual lima orang informan dan kajian kes ke atas 30 fail kes di Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Fasa kedua pula merangkumi proses reka bentuk dan pembangunan model melalui Teknik Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) bersama sepuluh orang pakar serta Teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 20 orang panel pakar. Fasa ketiga merupakan penilaian model melalui kajian tinjauan terhadap 280 peserta kursus praperkahwinan anjuran JAIS di daerah Petaling. Hasil kajian mengenal pasti sebelas kriteria utama kafā’ah yang merangkumi 45 elemen bersesuaian dengan realiti sosial semasa. Model ini berpotensi menjadi rujukan modul pra dan pascaperkahwinan serta panduan dalam pemilihan pasangan berlandaskan konsep kafā’ah dan ‘uruf Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148917.pdf]
Text
148917.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (341kB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (533kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics