Analisis teks dan konteks Hukum Kanun Lingga: kajian filologi dan sejarah perundangan Islam Sarawak

Hamrie, Fatimah (2026) Analisis teks dan konteks Hukum Kanun Lingga: kajian filologi dan sejarah perundangan Islam Sarawak. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Kajian ini menganalisis teks dan konteks manuskrip Hukum Kanun Lingga (HKL), sebuah teks Undang-Undang Melayu Lama yang mencerminkan kewujudan sistem perundangan Islam di Sarawak sebelum era penjajahan Brooke. Walaupun beberapa teks perundangan Melayu telah dikenal pasti di Sarawak, penyelidikan akademik terhadap HKL masih terhad, khususnya dari sudut penyediaan transliterasi lengkap, analisis kandungan teks serta penempatannya dalam konteks sejarah perundangan Islam Sarawak. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menyediakan transliterasi lengkap manuskrip HKL, membandingkan kandungan HKL dengan Hukum Kanun Brunei (HKB) melalui analisis tematik, serta membina kronologi pengaruh teks perundangan Islam terhadap sejarah Islam di Sarawak berdasarkan HKL. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dengan kaedah kajian filologi dan tahqiq. Proses penyelidikan melibatkan penyediaan transliterasi manuskrip, pembacaan dan analisis teks secara sistematik, pengekodan serta pengelasan tema perundangan Islam, diikuti perbandingan tematik antara HKL dan HKB. Selain itu, konteks sejarah penggubalan dan penggunaan HKL turut dianalisis bagi memahami kedudukannya dalam perkembangan perundangan Islam di Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa HKL mengandungi peruntukan perundangan Islam yang meliputi aspek undang-undang ibadah, kekeluargaan Islam, muamalat, dan jenayah Islam yang membuktikan pengamalan hukum Islam dalam masyarakat Melayu Sarawak sebelum pengenalan undang-undang bertulis kolonial. Analisis perbandingan turut menunjukkan wujudnya persamaan tema dan struktur antara HKL dan HKB, sekali gus mengesahkan pengaruh perundangan Islam Brunei terhadap pembentukan tradisi undang-undang di Sarawak. Berdasarkan analisis teks dan konteks ini, kajian berjaya membina gambaran kronologi awal pengaruh perundangan Islam di Sarawak serta menempatkan HKL sebagai sumber penting dalam sejarah perundangan Islam negeri tersebut. Penemuan kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas tentang peranan HKL dalam perkembangan perundangan Islam di Sarawak dan memperkukuh wacana akademik berkaitan kajian manuskrip undang-undang Melayu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148914_fulltext.pdf]
Text
148914_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (4MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (622kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics