Bengkel sesi semakan data laporan dwi-tahunan InQKА peringkat fakulti dan cawangan

UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) Bengkel sesi semakan data laporan dwi-tahunan InQKА peringkat fakulti dan cawangan. Bulletin. Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA), Shah Alam.
Abstract

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UITM) telah berjaya menganjurkan Sesi Semakan Data Laporan Dwitahunan Bersama Pusat Akademik, Fakulti, dan Cawangan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 6 hingga 7 Januari 2026. Program yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui platform Google Meet ini bertujuan untuk menyelaras data Laporan Dwitahunan bagi memastikan setiap maklumat program yang dilaporkan adalah tepat dan selaras dengan pelbagai sistem serta rekod rasmi universiti. Bagi memastikan proses semakan dilakukan dengan cermat dan teliti, InQKA telah menetapkan agihan slot semakan secara "one-by-one". Setiap fakulti dan cawangan diperuntukkan masa selama 15 minit untuk membentangkan laporan masing-masing. Pendekatan secara individu ini diambil bagi membolehkan: Semakan Terperinci: Data dapat diperiksa dengan lebih mendalam bagi mengelakkan ralat maklumat. Perbincangan Dua Hala: Memberi ruang kepada pihak fakulti dan urus setia InQKA untuk berbincang secara berfokus mengenai isu-isu teknikal atau pemurnian data yang diperlukan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148887.pdf]
Text
148887.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics