KUALITI: edisi Januari - Jun 2026

UiTM Shah Alam, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) KUALITI: edisi Januari - Jun 2026. Bulletin. Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA), Shah Alam.
Abstract

Majalah KUALITI Edisi Januari – Jun 2026 yang diterbitkan secara ekslusif oleh InQKA memfokuskan tentang aktiviti kualiti yang berlangsung di seluruh UiTM. Istimewanya, setiap helaian naskhah ini membawa jiwa dan cerita perjuangan warga UiTM yang sangat bernilai untuk didokumentasikan. Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, InQKA bergerak dalam ritma yang sangat pantas dan padat. Saban minggu, meja penyuntingan kami dihujani dengan puluhan gambar, laporan, dan nota aktiviti dari segenap pelosok kampus. Kami menyaksikan bagaimana gigihnya rakan-rakan di fakulti dan cawangan bertungkus-lumus membantu dalam memurnikan data Laporan Dwitahunan Swaakreditasi, berkampung dalam Bootcamp penulisan laporan IQAF, serta membuat persediaan rapi menghadapi audit ISO 9001:2015 dan penilaian QVC oleh MQA. Di sebalik keseriusan angka, borang, dan istilah audit itu, kami di bahagian penyuntingan sebenarnya dapat merasai denyut nadi dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap warga kerja yang terlibat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148882.pdf]
Text
148882.pdf
Download (36MB)
Indexing & Metrics