Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadhrat allah swt kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul bersama pada pagi ini bagi meraikan kecemerlangan yang telah dicapai oleh para pelajar FSK dalam peperiksaan akhir semester lepas. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima anugerah dekan ini. Sesungguhnya kejayaan yang anda perolehi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia memerlukan usaha, kegigihan, ketekunan, dedikasi dan komitmen yang penuh kepada pelajaran. Sekiranya kita mengamalkan sikap untuk tidak mudah berputus asa dan sentiasa mengulangkaji pelajaran, insyaallah kita akan berjaya tidak sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terhadap semua bidang yang kita ceburi di universiti ini termasuklah aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Hadirin yang dihormati sekalian, Selain itu, saya menyeru kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk membantu mereka yang lemah dalam pelajaran supaya mereka dapat meningkat maju pada tahun-tahun berikutnya. Ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk membantu mereka dengan sama-sama memberi perangsang dan tunjuk ajar agar mereka sama-sama berjaya dan maju dalam bidang akademik. Kesungguhan para pelajar bagi memperbaiki diri dalam pelajaran adalah terletak kepada usaha-usaha tambahan yang mereka lakukan sendiri. Para pelajar perlu banyak berjumpa dengan pensyarah untuk lebih memahami subjek yang diajar. Mereka juga hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat-maklumat tambahan di perpustakaan di samping sentiasa mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Manaf, Mohd Haidzir UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Bertam Campus > Faculty of Health Sciences Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Event Title: | Majlis Anugerah Dekan 2025 |
| Event Dates: | 13 November 2025 |
| Keywords: | Kecemerlangan akademik, Anugerah dekan, Motivasi dan sokongan pembelajaran |
| Date: | 13 November 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148867 |
148867.pdf
