Teks ucapan sempena Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan

Mohd Noor, Mohamad Azhar (2025) Teks ucapan sempena Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan. In: Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan, 13 November 2025, Dewan Peperiksaan PTAR.
Abstract

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis yang penuh makna ini iaitu Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. Hari ini, kita bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, tetapi juga mengiktiraf usaha, kesungguhan, dan kecekalan pelajar-pelajar yang telah membuktikan bahawa kejayaan tidak datang bergolek, tetapi hadir melalui disiplin, keazaman, dan doa yang tidak pernah putus. Pada kesempatan yang penuh bermakna ini juga, saya bagi pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam ingin mengalu-alukan dengan penuh rasa hormat dan sukacita atas kehadiran delegasi daripada Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, yang turut bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini. Sesungguhnya, kehadiran pihak tuan dan puan amat kami hargai sebagai tanda sokongan, kebersamaan, dan jalinan ukhuwah akademik antara dua kampus UiTM ini. Pada majlis kali ini, seramai 145 pelajar cemerlang diraikan sebagai penerima Anugerah Dekan, mewakili lima program diploma di bawah Fakulti Sains Kesihatan, iaitu: Program Teknologi Makmal Perubatan, Program Kesihatan Persekitaran, Program Fisioterapi, Program Pemulihan Carakerja, dan Program Kejururawatan. Setiap satu program ini melahirkan pelajar yang bukan sahaja memiliki pengetahuan dalam bidang masing-masing, tetapi juga mempunyai tanggungjawab besar terhadap masyarakat dan negara. Hadirin yang dihormati sekalian, Kejayaan para pelajar hari ini tidak datang tanpa pengorbanan. Di sebalik senyuman yang kita lihat, tersimpan kisah perjuangan, air mata, dan keringat yang tidak pernah berhenti. Dan di sebalik setiap kejayaan juga, ada sokongan ibu bapa, keluarga, dan para pensyarah yang sentiasa mendoakan dan membimbing dari awal hingga akhir.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148805.pdf]
Text
148805.pdf
Download (57kB)
Indexing & Metrics