Pengoperasian fakulti melalui papan pemuka pengurusan keputusan

Muhammad Fathullah, Muhammad Farid and Mohamed Rashid, Mohamad Rohaidzat and Bachok, Mohd Fairuz (2025) Pengoperasian fakulti melalui papan pemuka pengurusan keputusan. e-DINAMIK. pp. 636-637. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pengoperasian fakulti melalui pelaksanaan sistem Papan Pemuka Pengurusan Keputusan yang dikenali sebagai Tiga-P_(Keputusan). Pengurusan fakulti yang berkesan memerlukan pembuatan keputusan secara sistematik merangkumi pelbagai skop utama termasuk pengajaran dan pembelajaran, pembangunan modal insan, pengurusan aset dan fasiliti, kebajikan warga fakulti, serta pelaksanaan perancangan strategik. Pembangunan platform Tiga-P_(Keputusan) ini dirangka khusus oleh sekumpulan pensyarah bagi menangani isu pembuatan keputusan tanpa kriteria yang jelas, yang kerap berulang dalam mesyuarat fakulti dan berpotensi memberi kesan negatif seperti penurunan motivasi serta rasa tidak puas hati dalam kalangan staf. Dengan adanya papan pemuka ini, proses membuat keputusan dapat ditambah baik secara berstruktur, sekali gus meminimumkan kelemahan pengurusan, meningkatkan kecekapan operasi, dan memberikan impak positif yang komprehensif kepada pentadbiran fakulti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148730.pdf]
Text
148730.pdf
Download (610kB)
Indexing & Metrics