Pendakian gunung: Aktiviti rekreasi yang penuh manfaat

Zaini, Muhammad Norman Hakim and Ismail, Herda Balqis and Mohd Zin, Muhammad Fitri Haikal (2025) Pendakian gunung: Aktiviti rekreasi yang penuh manfaat. e-DINAMIK. pp. 632-633. ISSN 2682-7832
Abstract

Artikel ini membincangkan kepentingan serta pelbagai manfaat aktiviti pendakian gunung dan bukit sebagai satu bentuk rekreasi yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kajian ini mengulas bagaimana pelbagai motif pendakian—sama ada untuk beriadah, mencari ketenangan jiwa, mahupun menguji ketahanan diri—memberikan impak positif yang signifikan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dari sudut kesihatan fizikal, pendakian berfungsi sebagai senaman kardio semula jadi yang menguatkan fungsi jantung dan paru-paru, memperbaik peredaran darah, mengurangkan risiko penyakit kronik seperti strok dan penyakit jantung, serta membakar kalori secara berkesan bagi pencegahan obesiti dan pengurusan berat badan ideal. Dari aspek kesihatan mental dan sosial pula, persekitaran alam semula jadi yang tenang membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus minda, manakala interaksi sesama pendaki memperkukuh hubungan sosial serta membina semangat kerjasama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148725.pdf]
Text
148725.pdf
Download (645kB)
Indexing & Metrics