CEO talk: sesi dua

Abdul Karim, Izza Syahida and Ab. Hamid, Abu Hanifa (2023) CEO talk: sesi dua. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Jabatan Seni Reka Perindustrian, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program Pengajaran Kolaboratif CEO Talk: Guide to Entrepreneurship bagi semester Oktober 2022 – Februari 2023 yang lepas. Program yang diadakan secara bersemuka ini bertempat di Foyer Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah dan telah berlangsung secara dua sesi yang berasingan. Program diadakan pada hari Ahad, 8 & 15 Januari 2023, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tujuan program Pengajaran Kolaboratif ini diadakan adalah yang secara tidak langsung untuk memudah cara pengajaran, mendidik, membimbing dan berkongsi pengalaman rakan-rakan dari industri bersama para pelajar bagi memperkasa pengetahuan dan pembelajaran kendiri pelajar bersama beberapa rakan industri ini. Program ini melibatkan 3 orang rakan jemputan dari dua industri. Rakan industri yang pertama merupakan Pengasas dan Chief Executive Officer (CEO) dari MUULK Holdings Sdn Bhd., iaitu Encik Megat Azim Jamil. Beliau merupakan pengeluar barangan makanan dan minuman tenusu dari ladang yang dimilikinya sendiri. Manakala, rakan industri yang kedua merupakan adik beradik yang juga rakan kongsi bagi syarikat DEJUAMON Design, Cik Noor Azura Abd Rahim dan Cik Noor Azliza Abd Rahim, merupakan Pengasas serta CEO bagi syarikat tersebut. DEJUAMON Design adalah syarikat reka bentuk perabot serta rekaan dalaman dari Pulau Pinang. Seramai 25 orang pelajar terlibat dalam Pengajaran Kolaboratif ini, merupakan pelajar tahun akhir Jabatan Seni Reka Perindustrian yang mengambil kursus IDT318 – Presentation for Commercialization. Program ini merupakan salah satu dari keperluan bagi silibus pelajar bagi melengkapkan diri pelajar dengan asas keusahawanan serta persediaan bagi mencari peluang pekerjaan serta menonjolkan kemahiran dan pencapaian pelajar. Objektif utama program Pengajaran Kolaboratif bersama beberapa rakan industri ini bertujuan untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan pengetahuan pelajar terutama dalam melahirkan usahawan di kalangan pelajar bidang seni reka perindustrian di Malaysia bersama penceramah dari industri yang juga merupakan Alumni dari UiTM serta Open University Malaysia (OUM). Program ini juga dapat melihat dan menilai keberkesanan kolaboratif dari segi pengajaran dalam meningkatkan pengetahuan pelajar terutama dalam seni reka perindustrian, terutamanya di Malaysia. Program ini juga diharap dapat melibatkan pelbagai strategi perkongsian ilmu yang bukan sahaja menekankan penguasaan kandungan dan idea semata-mata, tetapi juga menggabungkan kemahiran yang sedia ada pada pelajar melalui pendekatan keusahawanan yang efisien dari sudut industri. Sesi kedua CEO Talk: Guide to Entrepreneurship berlangsung pada 15 Januari 2023 bertempat di Foyer KPSK. Pihak jabatan telah menjemput rakan kongsi, Pengasas dan juga Chief Executive Officer (CEO) dari DEJUAMON Design, iaitu Cik Noor Azura Abd Rahim dan Cik Noor Azliza Abd Rahim ke KPSK UiTM Kedah bagi memberikan maklumat serta pengetahuan tentang cara menggunakan kemahiran yang telah dipelajari di universiti bagi membuka peluang pekerjaan bagi para pelajar. Mereka juga berkongsi pengalaman mengenai cara mengendalikan syarikat bagi memastikan bidang industri yang diceburi itu berjaya. DEJUAMON Design juga memberi peluang kepada pelajar seni reka perindustrian untuk membuat latihan praktikal. Selain dari itu, mereka juga memberikan tips serta makluman mengenai kepentingan dalam komunikasi dan kesefahaman sebagai usahawan terutama yang mempunyai rakan kongsi, yang mana faktor ini juga penting bagi memastikan potensi perniagaan ke arah yang maksimum. Jabatan Seni Reka Perindustrian, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kedah amat berbesar hati atas kehadiran rakanrakan industri ini bagi para pelajar tahun akhir Seni Reka Perindustrian. Semoga dengan maklumat yang telah disampaikan oleh mereka kepada para pelajar, pihak KPSK mengharapkan agar Pengajaran Kolaboratif CEO Talk: Guide to Entrepreneurship ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar mengenai manfaat keusahawanan serta mencetus semangat untuk terus berusaha agar cemerlang dalam pencapaian akademik dan juga bersifat versataliti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148720.pdf]
Text
148720.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics