Tugas untuk menemuramah Encik Mohamad Shah Mahat, veteran UiTM Sarawak, tidaklah semudah yang disangka kerana beliau merupakan seorang yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas dan program-program tersendiri.. Bagaimanapun, saya bertuah kerana akhirnya berpeluang untuk melakukan tugas ini. Mohd Shah dilahirkan 53 tahun yang lalu pada 31 Mei 1952 di Batu Pahat, Johor. Pendidikan beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Separap (Darjah 1-6), diikuti dengan Sekolah Menengah Dato' Sulaiman, Batu Pahat ( Tingkatan 1-5). Pengajian beliau dalam Kursus Persediaan Perdagangan selama lima bulan di ITM (UiTM) telah bermula ketika menunggu keputusan SPM. Beliau kemudian meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan di ITM, Shah Alam, Bachelor of Arts (Business Administration) dan Master of Business Administration di Amerika Syarikat.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Othman, Wan Salbiah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Mohamad Shah Mahat, Veteren, UiTM Sarawak |
| Date: | 15 September 2005 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148619 |
148619.pdf
