Tanggal 27 Ogos lalu UiTMCS diumumkan sebagai juara kategori "cultural group" untuk "City Parade". Apa yang membanggakan ialah penyertaan para pelajar Amerika yang pada waktu itu bersama-sama menjayakan perarakan yang bermula dari Jalan Padungan ke Dataran Merdeka. Kontinjen UiTMCS telah disertai seramai 60 peserta termasuk pelajar Amerika. Apa yang menarik tentang "City Parade" ini ialah Wntinjen yang terlibat dikehendaki berjalan kaki dan menari sepanjang jalan sehingga ke pentas utama di Dataran Merdeka. Selain dinobatkan menjadi juara kontinjen UiTMCS juga berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar iaitu En Mohd Isa Edi kerana atas usaha gigih beliau UiTMCS terus menempa nama di dalam bidang kebudayaan dan seterusnya menaikkan UiTMCS sebagai UiTM yang berbudaya di samping pelajar-pelajar yang bertaraf dunia.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Narawi, Rafidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | City Parade, UiTM Sarawak, Cultural group |
| Date: | 15 September 2005 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148618 |
148618.pdf
