Teks ucapan sempena Majlis Ramah Mesra Naib Canselor UiTM

Mohd Noor, Mohamad Azhar (2024) Teks ucapan sempena Majlis Ramah Mesra Naib Canselor UiTM. In: Majlis Ramah Mesra Naib Canselor UiTM, 6 Februari 2026, Dewan Kuliah 2, Uitm Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam. (Unpublished)
Abstract

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam Majlis Ramah Mesra bersama Datuk Naib Canselor UiTM pada hari ini Bagi pihak seluruh warga UiTM Kampus Bertam, saya merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Naib Canselor atas kesudian meluangkan masa untuk bersama kami. Kehadiran Yang Berbahagia Datuk amat bermakna dan menjadi satu penghormatan besar kepada seluruh warga kampus. Hadirin sekalian, Majlis ramah mesra ini bukan sekadar satu pertemuan rasmi, malah merupakan platform penting dalam mengukuhkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan tertinggi universiti dengan warga kampus. Ia juga membuka ruang komunikasi yang lebih dekat dan berkesan, selari dengan aspirasi kepimpinan UiTM yang menekankan kebersamaan, keterbukaan dan kesejahteraan warga universiti. UiTM Kampus Bertam, walaupun merupakan kampus yang sedang berkembang, sentiasa komited dalam menyokong agenda kecemerlangan universiti khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan profesional. Untuk pengetahuan Datuk VC, Kampus Bertam menempatkan Fakulti Sains Kesihatan, yang menawarkan lima program akademik merangkumi pelbagai disiplin dalam bidang sains kesihatan, sejajar dengan keperluan semasa industri dan sektor kesihatan negara. Selain itu, Kampus Bertam turut menawarkan Program Diploma Farmasi, yang menjadi antara program penting dalam melahirkan tenaga teknikal yang kompeten dan beretika dalam bidang farmaseutikal. Program ini sentiasa diberi perhatian dari segi kualiti pengajaran, latihan praktikal serta pendedahan kepada amalan sebenar di lapangan. Lebih dari itu, untuk pengetahuan Datuk VC, kami di Kampus Bertam telah berjaya memulakan Klinik Terapi Cara Kerja bermula tahun 2025 serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun setakat kini, kita hanya bermula dengan staff dalaman sahaja. Pada masa akan datang, kita menjangkakan kemasukan lebih ramai pelanggan daripada penduduk sekitar Kepala Batas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148496.pdf]
Text
148496.pdf
Download (113kB)
Indexing & Metrics