Teks ucapan sempena Syarahan Madani dan Penutup Bertam War Kelab BSC 2024

Mohd Noor, Mohamad Azhar (2024) Teks ucapan sempena Syarahan Madani dan Penutup Bertam War Kelab BSC 2024. In: Syarahan Madani Dan Penutup Bertam War Kelab BSC 2024, 2 NOVEMBER 2024, Dewan Kuliah 2, Uitm Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.
Abstract

Syukur, Alhamdulillah, saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk berkumpul di Dewan Kuliah 2 UiTM Kampus Bertam pada malam ini bagi menjayakan Syarahan Madani serta majlis penutup Bertam War anjuran Bertam Students Council. Program Bertam War 2024 ini adalah suatu manifestasi semangat perpaduan, patriotisme, dan jati diri yang tinggi dalam kalangan kita semua. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini, kita dapat melihat usaha gigih dalam memupuk nilai-nilai kepahlawanan dan penghayatan sejarah negara. Program seperti ini sangat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan kepentingan keseimbangan antara pembangunan material dan rohani, serta nilai keadilan, kebebasan, dan integrasi sosial. Hadirin yang dihormati sekalian, Hari ini, kita juga berpeluang mendengar syarahan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Mustaffa Kamil yang saya yakin akan membuka minda dan memberi perspektif baharu dalam memahami konsep Malaysia Madani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang bakal dikongsi, semoga kita semua dapat meneruskan usaha untuk memupuk budaya madani dalam kehidupan seharian dan dalam membentuk masyarakat yang progresif dan harmoni. PENUTUP Akhir kata, saya berharap agar semua yang hadir hari ini memperoleh manfaat dan inspirasi daripada program dan syarahan ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjiwa madani dan berdaya saing. Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Bertam War 2024 kali ini

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148493.pdf]
Text
148493.pdf
Download (54kB)
Indexing & Metrics