Teks ucapan sempena Sesi Townhall bersama Dekan FSK 2024

Jamaluddin, Bahman (2024) Teks ucapan sempena Sesi Townhall bersama Dekan FSK 2024. In: Sesi Townhall Bersama Dekan Fsk 2024, 20 NOVEMBER 2024, Dewan Kuliah 2, Uitm Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.
Abstract

Syukur, Alhamdulillah, saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk berkumpul di DK 2 Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam pada hari ini bagi menjayakan SESI TOWNHALL BERSAMA DEKAN FSK 2024. Pertama sekali, saya bagi pihak kepimpinan dan warga UiTM Kampus Bertam ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam untuk hadir ke kampus kami pada hari yang berbahagia ini. Kehadiran Yang Berbahagia Prof. Zulkhairi Amom serta para ahli delegasi merupakan satu penghormatan besar kepada kami, dan kami amat berbesar hati menyambut kedatangan anda semua. Kunjungan ini adalah lebih daripada sekadar lawatan rasmi, kerana ia melambangkan hasrat kedua-dua kampus untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam aspek akademik, penyelidikan, dan pembangunan profesional yang menyeluruh. Di dalam suasana persaingan pendidikan tinggi yang semakin dinamik dan mencabar, adalah amat penting untuk kita saling bekerjasama dan menggembleng tenaga demi membina masa depan yang lebih cerah dan bermakna bagi pelajar, staf, serta komuniti setempat. Dengan adanya sinergi dan kolaborasi sebegini, kita dapat merealisasikan lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua kampus, terutama dalam mengembangkan lagi bidang sains kesihatan yang kita sama-sama usahakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148461.pdf]
Text
148461.pdf
Download (77kB)
Indexing & Metrics