Apabila tibanya bulan Ogos, kibaran Jalur Gemilang mula menghiasi jalan raya, bangunan, sekolah dan kediaman. Lagu-lagu patriotik turut berkumandang dan pelbagai program sempena bulan kebangsaan dianjurkan. Namun, di sebalik kemeriahan sambutan tersebut, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri: adakah anak-anak kita benar-benar memahami dan menjiwai erti kemerdekaan?
Generasi hari ini membesar dalam suasana aman dan bebas. Mereka tidak pernah melalui pahit getir kehidupan ketika negara belum merdeka, tidak pernah melihat sendiri perjuangan mereka yang terdahulu, dan mungkin juga tidak begitu memahami betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan untuk membolehkan kita hidup dalam keamanan seperti hari ini. Bagi sebahagian anak-anak, kemerdekaan mungkin hanya dikaitkan dengan cuti sekolah, perarakan, pertandingan menghias kelas atau mengibarkan Jalur Gemilang. Sedangkan di sebalik semua itu, tersimpan sebuah kisah panjang tentang perjuangan, air mata, pengorbanan dan harapan untuk melihat anak cucu hidup bebas di bumi sendiri. Namun, kemerdekaan bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar. Kemerdekaan adalah hasil perjuangan, pengorbanan dan kesatuan hati rakyat.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hamat, Muniroh UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Yusoff, Syarifah Adilah UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Erti kemerdekaan, Pengorbanan generasi terdahulu, Semangat patriotisme |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148436 |
148436.pdf
