Merdeka daripada “nanti”

Libasin, Zuraira and Mazeni, Noor Azizah (2026) Merdeka daripada “nanti”. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

“Nanti saya buat.” Ayat ini pendek, mudah disebut dan kadangkala sangat melegakan. Tugasan yang belum disentuh terasa jauh seketika. E-mel yang perlu dibalas boleh menunggu. Fail yang perlu disemak boleh dibuka esok. Nota kuliah pula akan dibaca apabila “mood” sudah datang. Masalahnya, esok juga mempunyai senarai tugasnya sendiri. Akhirnya, perkataan “nanti” yang sepatutnya memberi ruang berehat bertukar menjadi tempat kita menyimpan kerja yang tidak mahu dihadapi.
Bertangguh bukan semestinya tanda seseorang itu malas. Ada masanya kita menangguhkan tugas kerana penat, keliru, takut hasilnya tidak cukup baik atau tidak tahu hendak bermula dari mana. Ada juga tugasan yang kelihatan terlalu besar sehingga otak memilih perkara yang lebih ringan: menyusun meja, melihat telefon atau menonton satu video yang akhirnya bersambung menjadi sepuluh.
Apabila “nanti” mula mengawal hari
Bertangguh biasanya datang dengan satu janji halus: kita masih akan menyiapkan kerja itu, cuma bukan sekarang. Sebab itulah ia sukar disedari. Kita tidak menolak tugasan tersebut sepenuhnya; kita hanya memindahkannya sedikit demi sedikit. Namun, setiap penangguhan membawa beban kecil ke dalam fikiran. Walaupun sedang berehat, kita tetap teringat perkara yang belum selesai.
Ironinya, kerja yang ditangguhkan jarang menjadi lebih mudah. Tarikh akhir semakin dekat, pilihan semakin sempit dan kita mula bekerja dalam keadaan tergesa-gesa. Apabila hasilnya kurang memuaskan, kita berkata, “Kalaulah aku mula lebih awal.” Kemudian kitaran yang sama berulang pada tugasan seterusnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148433.pdf]
Text
148433.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics