Warisan pusaka merdeka-69

Abd. Rahman, Nor Hanim (2026) Warisan pusaka merdeka-69. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Di tanah pusaka tempat tumpah darah,
pernah engkau melangkah gagah,
meninggalkan keluarga, meninggalkan resah,
demi watan tercinta, bebas daripada penjajah.

Tiada kau pinta bintang mahupun pujian,
tiada kau dambakan sanjungan,
hanya setia menjadi pegangan,
demi nusa, bangsa … demi kemerdekaan.

Ada yang pulang membawa luka,
ada yang pergi tanpa bersua,
ada yang gugur di medan perwira,
namun baktimu kekal sepanjang masa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148432.pdf]
Text
148432.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics