Kita belum merdeka

Abdul Razak, Noor ‘Aina (2026) Kita belum merdeka. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

69 tahun berlalu sudah
Kita rasa merdeka itu indah
Hilang belenggu lesap rasa dijajah
Penguasa asing dalam lipatan sejarah
Menjadi tuan di tanah Melayu bertuah

Rupanya
Kita masih di alam mimpi yang nyata
Cengkaman penjajah masih berleluasa
Menakluk atma menawan minda
Merosak bangsa punah satu negara
Yang kita rasa sudah merdeka sekian lama

Mari kamu kemari
Berteleku sejenak kita hisab kembali
Mungkin ada sesuatu boleh dipelajari
Tidak banyak sedikit pun memadai
Biar MERDEKA serap ke sanubari

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148431.pdf]
Text
148431.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics