Batik blok keunikan dan kebanggaan Batik Merbok

Md Shahid, Shuhaila (2023) Batik blok keunikan dan kebanggaan Batik Merbok. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Keunikan serta keistimewaan seni kraftangan batik iaitu Batik Blok telah menarik perhatian ramai. Penghasilan Batik Blok adalah keluaran kedua selepas batik canting yang diperkenalkan oleh Batik Merbok Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah. Pada awal 2023 batik blok telah diperkenalkan dan mendapat sambutan luar biasa terutamanya staf dalaman universiti malahan organisasi luar. Ini disebabkan oleh harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik sebagai inisiatif Batik Merbok untuk memartabatkan industri batik tempatan selaras dengan galakan pemakaian batik di Malaysia. Terdapat nama lain bagi Batik Blok ialah Batik Terap, Batik Cap atau Batik Tukul. Keunikan Blok Batik merupakan Kehalusan seni batik yang dihasilkan oleh masyarakat melayu yang melambangkan sebuah budaya dan identiti masyarakat melayu. Seni halus ini merupakan tunjang budaya yang membentuk identiti masyarakat di Malaysia. Keunikan blok batik ini dalam arus pemodenan ini dapat dilihat daripada hasil kreativiti dan olahan pengusaha atau penggiat itu sendiri. Rekaan yang dihasilkan selalunya mempunyai asal usul seperti flora dan fauna yang cuba diketengahkan melalui olahan. Blok batik merupakan khazanah seni halus yang dekat dengan masyarakat Melayu sejak berzaman lagi. Nilai estetika sesebuah motif atau corak yang dihasilkan bukan sahaja diaplikasikan melalui teknik pembuatan, bahan yang digunakan malah turut disokong oleh motif yang berunsurkan keindahan alam yang cuba disampaikan. Batik Merbok memilih motif hasil kajiannya yang terperinci sebelum dijadikan blok untuk menghasilkan batik. Penghasilan idea ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang ada di sekeliling kampus universiti ini dan diolah untuk menjadi seni yang boleh diterima oleh masyarakat. Secara tidak langsung hasil dari setiap rekaan membawa sesuatu maksud dan keunikkan yang tersendiri. Batik Merbok percaya teknik baru yang diketengahkan ini pasti mendapat perhatian yang lebih meluas dalam dan luar negara. Antara produk yang dihasilkan adalah kain pasang lelaki dan perempuan, shawl, cenderahati, sapu tangan, bingkai batik, sarung bantal, aksesori dan banyak lagi. Selain itu, pengemar perlu bijak dalam memilih dan mengenali teknik pembuatan dalam memilih batik. Keutamaan Batik Merbok adalah selari dengan fesyen terkini yang suka mengikut trend.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148430.pdf]
Text
148430.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics