Batik Merbok di Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: "Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni”

Hassan, Normaziana and Jamaludin, Juaini (2023) Batik Merbok di Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: "Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni”. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

UiTM Cawangan Kedah telah dipilih sebagai rakan strategik bagi penganjuran Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat, anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) pada 16 hingga 17 Jun 2023 bertempat di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah. Konvensyen bertujuan menyediakan platform bagi menterjemah aspirasi MADANI dalam konteks pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Ia juga bagi membincangkan tata kelola dari sudut peraturan serta amalan terbaik dalam merealisasikan agenda sosio-pembangunan nasional. Majlis ini juga berhasrat untuk memperkukuhkan sinergi antara agensi pusat, negeri, daerah termasuk pihak berkuasa tempatan dalam menyelaras dan mengurus agenda pembangunan rakyat terutamanya menangani kemiskinan. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat “Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni” pada 17 Jun 2023 di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri. Majlis juga telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts Dr. Roziah Janor. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama tetamu kehormat di Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat “Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni” Batik Merbok telah terpilih untuk mewakili UiTM Cawangan Kedah bagi mempromosikan produk hasil batik di bawah jenama Batik Merbok. Ia bertujuan untuk memperkenalkan hasil produk batik khususnya bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Batik Merbok diilhamkan sebagai satu cetusan dan pembinaan entiti, gagasan idea dan falsafah ke arah pembinaan satu batik yang unik. Kewujudan Batik Merbok ini juga bertujuan untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal, orang miskin dan orang kurang upaya untuk menceburi projek perintis di bawah kategori industri kampong (cottage industry) yang berteraskan batik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 148422.pdf]
Text
148422.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics