Pada 19 Januari 2023, Black N Red Live Studio telah memilih Batik Merbok sebagai destinasi penggambaran - Seni Batik Warisan Utara. Sesi Dialog ini bersama pengacara program iaitu Tunku Yusrina Tunku Nazrin dan kru dari Black N Red Live Studio dan Pengurus Batik Merbok, UiTM Cawangan Kedah. Rancangan ini lebih kepada aktiviti bersembang santai dengan tema “Seni Batik Warisan Utara” sambil minum-minum kopi tajaan penganjur sendiri iaitu tajaan program oleh Yayasan Hasanah, ArtsFAS, MOF dan Black N Red Live Studio. Video yang berdurasi selama 30 minit ini mengupas berkenaan sejarah penubuhan Batik Merbok, pengenalan batik dan motif yang dihasilkan serta idea asal yang menjadi olahan idea kepada motif dan elemen batik yang memang menjadi tarikan kepada seluruh masyarakat terutamanya penggemar batik. Motif ini begitu istimewa yang menjadi permata kepada negeri Kedah kerana hasil kajian motif adalah di sekitar Merbok, Kedah iaitu negeri jelapang padi ini. Antara reka bentuk corak adalah motif padi yang menjadi motif utama sehingga mendapat tempat dihati KDYMM Sultan Kedah. Kata Tunku Yusrina Tunku Nazrin, Batik Merbok begitu istimewa dan motif yang dihasilkan mempunyai penceritaannya tersendiri dan begitu unik. Dalam usaha Black N Red Live Studio membantu mempromosi dan memartabatkan Batik Merbok dalam seni batik warisan utara menjadikan Batik Merbok semakin dikenali ramai.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my Md Shahid, Shuhaila shuhaila@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Abdul Karim, Izza Syahida izzasyahida@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Batik Merbok, Seni batik warisan utara, Warisan seni dan budaya Kedah, Promosi dan pemartabatan batik tempatan |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148399 |
148399.pdf
