Program 'Back to School' ini merupakan satu program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah. Program ini mensasarkan kepada anak-anak yatim dan miskin di kawasan luar bandar, secara khususnya dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah, Kampung Sadik, Kupang, Baling, Kedah, Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban anak-anak ini dalam membuat persediaan untuk membolehkan mereka meneruskan sesi persekolahan 2015 dengan kelengkapan yang mencukupi. Dengan sokongan penaja dan penyumbang, program ini telah berjaya dilaksanakan pada 19 Disember 2014. Anak-anak ini telah dijemput dengan Bas UiTM Kedah dan dibawa ke beberapa pasaraya di Sungai Petani. Barangan yang dibeli merangkumi uniform sekolah, kasut, pakaian uniform, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah, staf dan pelajar UiTM Merbok, Kedah. Pihak Fakulti Perakaunan ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan, staf, pensyarah dan pengurusan UiTM Kedah kerana membantu menjayakan program ini.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Noorain noorain@kedah.uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Marzuki, Marzlin marzlinm@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social interaction H Social Sciences > HM Sociology > Social integration |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 40 |
| Keywords: | Program Khidmat Masyarakat Back to School, Kebajikan anak yatim dan miskin, Bantuan kelengkapan persekolahan, Kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148291 |
148291.pdf
