Menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang ke 69 tahun 2026, erti kemerdekaan bagi rakyat Malaysia terus berevolusi seiring dengan kepesatan era digital. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”. Bagi kita yang bergelar pendidik, khususnya di institusi pengajian tinggi, kemerdekaan bukan sekadar sorakan pembebasan daripada penjajah yang diulang pada setiap 31 Ogos. Ia merupakan satu kesinambungan perjuangan yang tidak pernah bernoktah dan perjuangan kita juga adalah untuk memerdekakan minda bangsa.
Sebagai seorang pensyarah dalam bidang akademik khususnya bidang statistik, satu disiplin yang berteraskan kejituan fakta dan logik, saya sering berfikir secara mendalam bagaimana nilai kemerdekaan ini membentuk jatidiri kita di dewan kuliah pengajaran dan juga di makmal komputer.
Kita kini berada pada tahun 2026, era yang dipacu dengan begitu pantas oleh kecerdasan buatan (Artificial Intelligence,AI) dan lambakan maklumat digital (Big Data). Dalam konteks ini, kemerdekaan kognitif adalah benteng pertahanan utama negara. Sebagai pensyarah statistik, tanggungjawab kita melangkaui sekadar mengajar formula matematik atau cara menggunakan perisian penganalisisan data; kita sebenarnya adalah pembentuk pemikiran kritis.
Ilmu statistik melatih generasi muda untuk menapis, menilai, dan menganalisis kesahihan data. Ini adalah kemahiran kelangsungan hidup (survival skill) yang memerdekakan mereka daripada menjadi mangsa manipulasi maklumat palsu, fitnah, atau kempen sentimen yang direka untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Dengan menerapkan kemahiran membuat keputusan berasaskan bukti (evidence-based decision making), kita sedang memupuk barisan warganegara yang rasional, objektif, dan berani berdiri teguh di atas paksi kebenaran.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Syarul Heiry UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamed Yusoff, Syarifah Adilah UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Kemerdekaan kognitif, Pemikiran kritis, Kecerdasan buatan |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/148257 |
148257.pdf
